Wednesday, 6 April 2011

Pengurusan Lembu Fidlot

1 PENGENALAN
Maksud Fidlot- memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan  memberi makanan yang bermutu,air bersih,mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu.


2BEKALAN DAN PEMILIHAN BAKA
*Pemilihan ternakan berdasarkan 
a Permintaan/keperluan pasaran
b Penetapan berat badan
c Peningkatan berat badan
d Target berat akhir atau berat jualan.
e Harga lembu hidup dipasaran
*terdapat 3 jenis baka yang sesuai.
a Baka import (Australia ,Thailand etc)
b Kacukan baka tempatan dengan import
c Baka tempatan kedah kelantan (KK)
*umur dan berat badan
Lembu filodt perlu memenuhi kriteria kriteria berikut
a Umur 1- 1 1/2 tahun
b Berat awal 200-250kg (baka kacukan), 150-200kg (baka tempatan atau KK)\
Berat Awal(kg)         Peningkatan Berat Badan         Tempoh                            Berat Akhir (kg)
                                 Harian(kg/hari)                        Pemeliharaan(hari)

200                            1.0                                              120                                      320
230                            1.0                                              120                                      350
* Status Kesihatan
Lembu yang dipilih mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan telah disahkan bebas dari jangkitan penyakit.

3. PENGURUSAN LEMBU FIDLOT
* Terdapat 2 sistem fidlot diamalkan
a Sekali masuk-sekali keluar
  Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran.Selepas semua ternakan habis dipasarkan barulah dimasukan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya.
b Masuk-Keluar Berterusan
 Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap kumpulan.Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan secara berterusan.